Isnin, 3 Disember 2012

MENJAGA AURAT DAN AURA



Menutup aurat adalah merupakan perintah wajib dari Allah Ta’ala, bahkan jelas disyariatkan dalam al-Quran al-Karim: 

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan* seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (Q.S Al-Ahzab: 59) 

Hikmah secara jelas di sini kita boleh ketahui seperti berikut: 
  1. Mudah dikenali sebagai wanita Islam yang beriman (muslimah) di kalangan wanita lain. 
  2. Tidak akan diganggu oleh mereka yang rosak peribadi. Ini adalah jaminan Allah, dan jaminan itu pasti. 
Ahli tafsir al-Quran mempunyai huraian yang lebih lanjut mengenai ayat ini, jadi rujuklah kepada mereka yang alim dan lebih mengetahui. 


HIKMAH AURAT LELAKI DAN WANITA 

Apabila dikatakan menutup aurat sudah pasti apa yang perlu ditutup dan dilindungi dari terpamer pada pandangan umum adalah rerambut (bulu dan rambut), kulit (struktur dan warna kulit) dan susuk tubuh. 

Namun ada perbezaan antara aurat lelaki dan wanita. Zon aurat lelaki yang perlu atau wajib ditutup agak sedikit, iaitu bermula dari pusat, sehinggalah ke lutut, manakala zon aurat wanita pula adalah bermula dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki (kecuali muka dan kedua tapak tangan) – jumhur ulama’. Namun apakah ini merupakan suatu diskriminasi terhadap kaum hawa? Apakah kaum hawa tidak boleh berhias (Tabarruj), mencantikkan diri berpakaian dengan pakaian yang terkini dan menarik perhatian ramai lelaki? Adakah kebebasan wanita telah hilang? 

Pembaca sekalian, Allah adalah Tuhan pencipta manusia, baik buruk manusia semua dalam ilmunya. Segala suruhan dan larangan Allah Ta’ala ada hikmahnya, hanya semata-mata untuk kebaikan dan kesejahteraan hambaNya. Tuhan tidak pernah menzalimi hambaNya, melainkan hambaNya yang menzalimi diri sendiri. 

Sebelum saya mengemukakan pandangan saya terhadap hikmah menutup aurat dari perspektif aura bio-energi, mari saya bawa pembaca sekalian mengenali organ fizik dan organ metafizik yang sangat berkait dengan aura bio-energi ini, agar perjalanan kita seterusnya dalam memahami hikmah ini lebih lancar. 

KULIT 




Kulit merupakan organ terbesar pada tubuh manusia. Pada permukaan kulit terdapat rerambut (bulu dan rambut), dan juga liang roma. Selain itu pada kulit, Allah Ta’ala bekalkan juga reseptor-reseptor rasa yang mana kesemuanya mampu mempengaruhi baik-buruk emosi seseorang, begitulah ketetapanNya. 

Bulu roma merupakan antena pada sistem bio-energi manusia. Antena ini akan mengesan pelbagai jenis getaran gelombang tenaga yang berada di sekeliling tubuh. Tidak kira sama ada gelombang tersebut bersifat positif, mahupun negatif, gelombang bersih ataupun gelombang kotor, semuanya akan dikesan oleh bulu roma, dan akan menghantar isyarat kepada sistem bio-energi tubuh, lantas akan menghasilkan pelbagai keadaan emosi bergantung kepada jenis gelombang yang dikesan. Jika energi yang dikesan terlalu kuat, maka akan terjadilah fenomena bulu roma meremang atau tegak berdiri. 



Fenomena bulu roma tegak berdiri ini akan berlaku dalam beberapa keadaan yang mudah kita rasai : 

  1. Apabila mendengar alunan dan lontaran suara yang cukup indah dan merdu, seperti suara nyanyian dan taranum. 
  2. Apabila mendapat khabar yang sangat mengembirakan hati atau yang amat menakutkan 
  3. Apabila berada di kawasan yang menyeramkan 
Fenomena meremangnya bulu roma ini adalah tanda ia mengesan kehadiran energi yang kuat di sekeliling anda. Jika energi yang perlahan, mungkin tidak terasa tindak balasnya. Bulu roma dan liang roma ini juga mengesan serta mengakses tenaga luaran yang utama yang sangat diperlukan tubuh. Matahari adalah sumber tenaga, sumber cahaya dan warna utama bagi manusia bahkan bagi seluruh yang wujud di muka bumi ini. 

Dalam cahaya matahari, Allah bekalkan getaran gelombang elektromegnetik dan getaran gelombang warna (7 spektrum warna : Sir Issac Newton 1666) untuk manfaat manusia dan semua hidupan. Tubuh manusia memerlukan getaran letrik untuk berfungsi setiap hari. Otak, jantung, otot, usus, dan sebagainya amat memerlukan tenaga arus eletrik untuk organ itu beroperasi, namun arus eletriknya amatlah kecil dan sesuai dengan keperluan tubuh. Arus eletrik itu manusia perolehi dari pemakanan dan cahaya (matahari), keduanya ini akan menjadi tenaga untuk tubuh. Namun tenaga utama tetap dari cahaya matahari. 

Cahaya ini akan diresapi melalui permukaan kulit melalui bulu dan liang roma, kemudian akan diagihkan mengikut frekuensi gelombang warna melalui urat meridian (jalur tenaga metafizik yang biasa digunakan oleh perawat akupuntur untuk menusuk jarum) 

dan menuju ke tujuh chakra (gerbang tenaga) utama tubuh mansuia yang juga mempunyai tujuh warna (seperti 7 spektrum warna dalam cahaya matahari). Tenaga cahaya matahari tersebut akan menuju ke chakra yang ada, sesuai dengan frekuensi warna masing-masing. 


Setiap Chakra ini memegang peranan dan fungsi setiap organ serta kelenjar di seluruh tubuh manusia. Energi ini akan menjana keseluruhan fungsi fizikal, emosi dan spiritual manusia. 

Energi ini sangat terikat dengan hukum keseimbangan, yang mana kita tahu setiap perkara di alam ciptaan Allah ini mempunyai hukum keseimbangan, agar segalanya teratur dan stabil. Energi ini jika terlampau banyak diserap akan berlakulah ketidak seimbangan energi, yang mana ianya akan mengakibatkan personaliti yang ‘over’, hyper, terlebih berani dan sebagainya. Namun jika terlalu kurang diserap oleh tubuh, ianya akan menyebabkan personaliti yang lemah, lembik, penakut, pengecut dan sebagainya. 

Mari kita lihat sifat atau personaliti umum bagi lelaki dan wanita. Lelaki dikatakan sebagai maskulin yang memiliki tenaga yang lebih berbanding wanita. Lelaki diamanahkan oleh Allah untuk memimpin wanita, keluar mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak, perlu bekerja keras, tegas, kuat semangat, ego, berani berhadapan dengan hal-hal yang besar dan sebagainya. Dengan sifat ini, lelaki memerlukan tenaga dari semua sudut yang lebih besar berbanding wanita. Wanita pula dikatakan sebagai feminin yang bersifat ayu, lemah lembut, manja, perlu dipimpin, sensitif, dan sebagainya. 

Dari perbezaan dua sifat umum lelaki dan wanita ini, dapatlah kita ketahui bahawa, lelaki dan wanita memerlukan kualiti dan kuantiti tenaga berbeza dan sesuai dengan sifat masing-masing. 

Allah menjadikan zon aurat lelaki yang perlu ditutup agak sedikit (dari pusat hingga ke lutut) berbanding wanita adalah kerana sifat yang dianugerahkan padanya iaitu memerlukan tenaga yang lebih kuat dan kasar (sebab itu orang lelaki zaman dahulu bekerja di sawah bendang hanya pakai seluar sahaja). Maka lelaki memerlukan permukaan yang lebih besar untuk mengesan dan menyerap tenaga alam (khususnya dari matahari) untuk keperluan fizik dan emosinya, agar menjadi tegas dan berani. Namun jika lelaki melampaui dari batas panduan menutup aurat ini, maka akan menghasilkan personaliti yang keterlaluan, kurang sopan kerana terlalu berani dan sebagainya (lebih-lebih lagi sikap yang keterlaluan dan biadab kerana terlalu berani melanggar perintah Allah). 

Manakala wanita pula, sesuai dengan kelembutannya, perlu menutup sebahagian besar zon tubuhnya kerana untuk menapis banyak energi luaran, agar kekal sifat kelembutannya yang disenangi oleh lelaki yang beriman. Jika wanita mengingkari perintah ini, dengan mendedahkan banyak bahagian tubuhnya, maka akan banyaklah personaliti, peribadi, dan akhlak yang tidak sesuai dengan sifat keaslian wanita itu sendiri, yang agak kasar, keras jiwa, tidak bermoral dan sebagainya, walaupun dia seorang yang sangat lemah lembut dan baik pada penampilannya, tetapi jiwanya telah keras dan kasar kerana karatnya dosa. 

Lelaki yang beriman tidak akan memandangnya kerana berlaku ketidaksamaan dan ketidakseragaman energi antara lelaki yang beriman dengan wanita itu. Berlaku penolakkan energi, bagaikan berlakunya penolakkan energi magnet. 

Hanya lelaki yang tidak menjaga dan tidak memperjuangkan perintah Allah sahaja yang akan memandangnya dan tertarik padanya, kerana getaran gelombang lelaki dan wanita itu sama seirama, lantas menghasilkan energi tarikan magnet yang luar biasa. 

Kebiasaan lelaki yang berenergi negatif ini selalu dihasut oleh syaitan untuk menodai maruah wanita ini sehingga melakukan perbuatan yang tak diingini. Aturan Allah sudah sempurna, jangan mengikut hasutan syaitan dan nafsu, nanti akan merosakkan diri.


AMALAN MANDI EMBUN PAHLAWAN MELAYU



Salam. Secara ringkas.. 

Amalan mandi embun pendekar zaman dulu mungkin banyak menyimpan rahsia yang tersembunyi. Selalunya amalan ini digabung bersama tatacara yang lain.. bagi tujuan yang sama iaitu meningkatkan kualiti energi diri. Energi diri ini ada beberapa makamnya, antaranya: 
  1. Makam jasmani – meliputi kulit, otot, sendi, tulang, darah dan organ-organ tubuh. 
  2. Makam naluri – iaitu zona shodr (fikiran) dan qalb (perasaan/qalbu) 
  3. Makam ruh – zon fuad (ruhul insani/spirit) – bahagian alam diri yang dalam. 
Embun tentunyalah merujuk kepada air yang terhasil dari wap-wap udara (gas) yang berlaku tatkala berada dalam masa atau keadaan tertentu. Pada alam, ia berlaku secara meriahnya pada subuh hari yakni semasa alam berada diantara dua keadaan iaitu gelab & terang (zona peralihan). 

Zon masa ini, menyimpan tenaga potensi yang banyak. Sifat embun (air) mampu merakam potensi-potensi tenaga ini. Lalu, amalan mandi air embun adalah seumpama proses memindahkan energi potensi yang tinggi dari alam ke sistem tubuh. Liang roma akan merakam getaran tersebut dan menghantar signal secara total ke saraf-saraf utama dan meransangkan kelenjar bagi menghasilkan hormon tubuh yang seimbang. 

Suasana suhu waktu subuh yang nyaman dan SEJUK pada getaran ultra violet, violet dan indigo amat akrab dengan frekuensi operasi sistem otak. Kondisi dalam tubuh di awal pagi (subuh) tatkala suhu luarnya sejuk tadi; akan berusaha mengekalkan suhu PANAS bagi setiap organ.. KOORDINASI panas & sejuk ini melengkapkan keseimbangan keduanya. Dalam hukum thermo dinamika, tubuh harus berjalan secara isothermis.. barulah enzim-enzim dapat berkerja. 

Dan tatkala tubuh (yang berusaha menahan sejuk/dingin pagi) disirami air embun (yang sejuk), TINDAKBALAS dalaman akan berlipat ganda demi terus mengekalkan suhu dalaman tubuh sekitar 36%C (adakalanya tubuh mengeletar bagi menghasilkan HABA demi mengekalkan suhu dalaman tubuh). Provokasi atau Tindakan ini MENJANAKAN EFISYENSI energi dalaman tubuh. Dalam ilmu bio-energi kuno, ia menjanakan HARA tubuh, meransang KUNDALINI, menjanakan buka-tutup pintu makam tenaga tubuh (chakra) dan sebagainya. 

Biarpun pada awalnya tubuh agak terkejut dan bertindak-balas secara auto menstabilkan suhu tubuh.. AMALAN yang berterusan bakal MELATIH tubuh untuk menjadi semakin MANTAP dan EFISYEN mengendalikan alairan HARA, KUNDALINI dan energi keseluruhannya. Ini lama kelamaan akan membentukan sebuah KUALITI LUARBIASA terhadap tubuh tersebut.. yang kelak (tatkala digabungkan dengan beberapa teknik lain seperti pernafasan, amalan diet / puasa, meditasi, muraqabah, zikrullah, doa-doa tertentu dll) bakal menjadikan PENDEKAR itu HEBAT jiwanya dan lahiriahnya. 

Walau bagaimana pun, amalan ini telah hilang ditelan zaman akibat sulitnya pengamalan yang TEPAT untuknya serta telah disalah-gunakan. Lalu, ianya tidak lagi dikongsi secara terbuka untuk generasi muda. 

Bagi pengamal kerohanian, embun simbolik kepada zat suci yang menyimpan energi kerohanian yang suci & tinggi. Ia mampu menjernihkan SHODR, QALB dan FUAD agar mencapai kecerahan alam diri yang tinggi. 

Wallahualam..

(Mir Hazil Hazran Ramli)



WARNA DAN TUBUH



MERAH 

Melalui pendedahan kepada warna merah, kelenjar pituitari hingga ke kelenjar adrenal lebih teransang menghasilkan hormon epinephrine (adrenaline). Ia mengalir ke sepanjang sistem darah, serta mengubah beberapa kesan metaboliknya bagi menghasilkan suatu ransangan keaktifan. Antaranya adalah pengaliran darah dan nadi meningkat, sistem saraf autonomik terangsang lalu miningkatkan tindakan refleks tubuh, selera bertambah dan deria bau meningkat. Merah juga dapat menambah darah, meningkatkan kualiti oksigen dalam darah, menguatkan struktur tulang, dan memberi tenaga yang segera. 

JINGGA 

Warna ini dapat menguatkan sistem imun tubuh. Ia juga melancarkan sistem penghadaman, meningkatkan fungsi penyerapan nutrisi, memperlahankan kadar pengaliran darah, meningkatkan keyakinan diri, dan semangat juang. Apabila digabungkan dengan warna biru, ia memberi respon yang merehatkan, rasa selamat, dan mengurangkan gemuruh kepada sistem tubuh. 

KUNING 

Tindak balas elektrokimia pada retina mata semasa proses melihat cepat berlakuapabila melihat warna kuning. Warna ini dikatakan warna pertama dikesan dalam satu proses meliha. Ia merupakan suatu warna yang paling kompleks untuk ditafsirkan minda. Maka manusia secara semula jadinya memberi perhatian yang lebih pada warna kuning, terutama apabila digabungkan dengan warna hitam. Warna ini dapat menyingkirkan bahan toksin yang berlebihan pada sistem badan dan meningkatkan fungsi buah pinggang. 

HIJAU 

Meningkatkan kandungan Histamine dalam darah. Histamine dapat dijumpai pada seluruh tisu-tisu badan, ia berfungsi mengekalkan kelicinan otot dan kecairan darah. Ia merupakan daya pertahanan pada sistem badan bagi memulihkan kecederaan ataupun kesan elergi sekiranya berlaku. Warna hijau dapat meningkatkan aktiviti menyucikan darah, meningkatkan oksigen, menguatkan paru-paru, menambah stamina fizikal, dan menaturalkan asid yang berlebihan. Ia merangsang hormon keriangan bekerja supaya membentuk kestabilan emosi dan prasaan. 

BIRU 

Warna biru terkenal dengan kesan yang dapat dirangsang olehnya. Ia dapat menguatkan kapilari darah, merendahkan tekanan darah, memperlahankan nadi dan pernafasan, menurunkan suhu badan, mengawal penghasilan peluh yang keterlaluan, mengawal selera dan mengurangkan kesakitan ataupun stress. 

INDIGO 

Indigo merangsang aktiviti yang dapat menggalakkan pertumbuhan tisu-tisu baru bagi tubuh. Pada setiap saat, sel-sel tubuh berkemabang, bagi menggantikansel-sel yang mati. Proses ini berlaku dengan cepat dan pesat terutamanya pada sistem kulit manusiayang merupakan organ terbesar. Kehadiran spektrum indigo juga mencantikkan wajah, menaikkan seri muka meningkatkan mutu otak, dan memberi harapan serta inspirasi. 

VIOLET 

Violet memainkan peranan bagi aktiviti minda secara keseluruhan. Ia membaiki daya pekerjaan mental yang tidak teratur ataupun keletihan, meningkatkan mutu otak, memperbaiki mutu penglihatan, menguatkan memori, meningkatkan daya kepekaan dan kecerdasan kerohanian.


Jumaat, 14 September 2012

JANGAN MENGELUH DENGAN UJIAN

Apabila diuji oleh Allah Ta'ala maka bersabarlah. Ya memang, berkata sabar itu sangat mudah, ramai orang hanya boleh berkata "bersabarlah", tetapi diri yang memikulnya hanya Allah Ta'ala sahaja yang tahu, betapa beban yang menimpa hati dan perasaan.Ada juga orang berkata,:

"alah aku juga pun pernah lalui ujian itu dahulu, tapi aku okey je, tak macam engkau, resah gelisah semacam"

Memang benar, setiap orang memang lain perasaan yang dialami ketika menempuh ujian, walaupun zahirnya sama seperti orang lain. Ada orang yang merasa terlalu perit dengan ujian itu, ada juga yang merasakan seperti kecil dan mudah untuk diharungi walaupun kedua-duanya mengalami ujian yang lebih kurang sama corak modus operandi ujiannya. Banyak faktor yang mempengaruhi kekuatan dan ketabahan diri dalam menempuh ujian dari Allah Ta'ala ini, setiap orang berlainan kedudukan dan situasi dirinya. Namun faktor yang jelas dan terang adalah bergantung pada faktor kekuatan minda (ilmu) dan kekuatan roh (iman).

Sebagai tamsilannya, orang yang kaya akan lebih mudah mengharungi ujian yang kecil berbanding orang miskin. Orang kaya apabila diuji dengan kehilangan motorsikal Honda EX5nya tidaklah terlalu perit jika dibandingkan dengan orang miskin yang kehilangan motorsikal jenama yang sama. Ya, memang perit dan sedih apabila kehilangan motorsikl itu, tetapi keperitan itu mungkin tidak sama sebagaimana keperitan yang terpaksa dialami oleh orang miskin. Orang kaya boleh mengembalikan motorsikal yang hilang itu dengan beli yang baharu, bahkan mungkin dia boleh beli motorsikal yang lebih hebat dari itu, bahkan orang kaya mempunyai banyak kenderaan lain yang boleh digunakan. Tetapi bagi golongan miskin, mungkin motorsikal itulah satu-satunya kenderaan dan harta yang bernilai yang dia miliki untuk mencari rezeki menampung kehidupan yang serba menggigit. Inilah ujian yang mungkin sama pada corak ujiannya, tetapi berlainan pada perasaan dan jiwanya.

Allah Ta'ala tidak memandang kepada kualiti dan kuantiti ujian yang diberikanNya itu, tetapi Dia akan memandang kepada kualiti dan kuantiti perasaan yang dialami hamba-hambaNya. Ini kerana pada kebiasaannya orang yang miskin akan lebih banyak merintih dan tersentuh hatinya dengan ujian itu, berbanding orang kaya yang boleh menanganinya dengan mudah. Ini hanyalah sekadar contoh yang boleh untuk kita fahami secara mudah. 

Ada juga yang mengalami ujian kecil, tetapi perasaannya terlalu besar untuk ditanggung. ada juga yang mengalami ujian besar, tetapi perasaannya amat mudah untuk mengharungi ujian itu. Ramai juga yang mengalami ujian besar dan berat untuk ditanggung. Setiap orang mempunyai ujian untuk dirinya yang sesuai dengan kemampuan dirinya, begitulah Allah Ta'ala yang halus dan teliti perancanganNya. Firman Allah Ta'ala dalam al-Quran yang bermaksud:

Allah tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."

Surah al-Baqarah : 286 (2 : 286)


Setiap orang yang diuji dengan ujian yang sesuai untuk dirinya dan sangat diperlukan untuk dirinya, begitulah Allah Ta'ala mendidik hati hamba-hambaNya. Oleh itu tidak boleh sesekali kita berkata bahawa ujian yang kita alami inilah yang paling perit berbanding orang lain, kerana orang lain tidak pernah mengalami ujian sebagaimana yang kita alami. Kita semua memahami, bahawa tidak ada ujian yang tidak perit, semua ujian memeritkan jiwa. Mungkin orang lain tidak mengalami apa yang kita alami, kerana kita juga tidak mengalami apa yang orang lain alami. Yakinlah, setiap orang pasti diuji.

Kita merasakan ujian yang kita alami terlalu berat untuk kita, dengan ujian hutang piutang yang menggamit hati setiap bulan untuk membayarnya, dengan pendapatan yang tidak begitu besar. Kita diuji dengan terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri, dan bermacam-macam lagi ujian lain, dan kita merasakannya terlalu besar berbanding orang lain. Sedangkan pernahkah kita terfikir bagaimana ujian yang lebih dahsyat yang terpaksa ditempuh orang lain? Mereka ada yang diuji dengan kesemua anak-anaknya terencat akal, ada yang diuji dengan penyakit sihir yang ditanggung dan dideritai selama puluhan tahun, yang telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar untuk mengubati penyakit tersebut, tatkala dalam keadaan ekonomi diri yang sangat goyang. Ada juga mereka yang diuji dengan kematian seluruh ahli keluarganya dan macam-macam lagi ujian yang menggerunkan yang kebanyakannya jauh lebih besar dan berat berbanding ujian yang kita tempuhi. Sepatutnya kita bersyukur dengan setiap ujian yang Allah Ta'ala berikan, kerana orang lain ada yang diuji dengan ujian yang lebih berat dan besar berbanding ujian kita. Besrsyukurlah kerana kita tidak diuji dengan ujian yang tidak mampu kita memikulnya. Oleh itu, hendaklah kita berdoa kepada Allah Ta'ala agar dijauhkan dari ujian yang tidak sanggup kita memikulnya :

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 

Surah al-Baqarah : 286 (2:286)

Apabila diuji dengan berbagai permasalah dalam kehidupan, maka hendaklah kita menempuhi ujian tersebut dengan penuh kesabaran dan kepasrahan kepada Allah Ta'ala. Jangan sesekali kita mencari jalan untuk lari dari masalah atau ujian tersebut, nanti kita akan terus menerus bermasalah, yang bagaikan tiada kesudahannya. Lari dari masalah tidak akan mampu menyelesaikan masalah. Kita mungkin menyangka bahawa dengan lari dari ujian atau masalah terebut, maka kita sudah bebas dari masalah. Sebenarnya tidak, adakalanya selepas melarikan diri dari sesuatu masalah, kita terpaksa menempuh masalah yang lebih berat dari sebelumnya. Oleh itu, setiap ujian yang Allah Ta'ala berikan untuk kita, kita terima seadanya, kerana di situ terletak redhaNya. Usahalah untuk mencari  penyelesaian terbaik tanpa melanggar batasan syariat Allah Ta'ala. Apabila diuji, maka bersyukurlah, kerana itu yang paling layak untuk kita dari Allah Tuhan yang Maha berjasa pada kita.

Ujian adalah lumrah kehidupan, oleh itu ketika tidak diuji, diwaktu lapang, didiklah hati dan akal untuk memahami dan mengenali perbuatan Allah. Latihlah diri untuk menjadi ahlillah (ahli Allah) yang kenal dengan perbuatan Allah Ta'ala, yang faham tindakan Allah Ta'ala yang amat meredhai perbuatan Allah Ta'ala, semata-mata untuk mendapat redhaNya. Didikan diri inilah yang akan menghasilkan peribadi yang agung, setiap urusannya seperti ajaib dan tenang, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Ajaib urusan seorang muslim, sesungguhnya segala urusannya adalah adalah baik, apabila dia mendapat kesenangan dia bersyukur, dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka jadilah baik baginya"

(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

Isnin, 10 September 2012

UJIAN MEMBONGKAR MAZMUMAH

Ujian adalah merupakan sebuah alat ukuran untuk mengukur tahap keimanan kita kepada Allah Ta'ala. Keimanan yang wujud harus diuji untuk memastikan kualiti dan kuantitinya. Tidak boleh dikatakan benar-benar beriman selagi tidak diuji oleh Allah Ta'ala.  

Ujian juga adalah peimbas dan pembongkar hati manusia. Hati manusia ini bagaikan kolam yang dipenuhi air yang jernih, kelihatan tenang dan bersih pada zahirnya. Namun kejernihan itu belum tentu akan bertahan lama, apabila air itu dikocak maka akan terbongkarlah segala kotoran dan mendapan yang telah bertahun-tahun mendiami dasar kolam itu. Kita tidak mungkin mengenali diri orang lain mahupun diri kita, selagi kita tidak diuji. Diwaktu senang, memang ramai yang bersifat seperti malaikat, tetapi belum tentu ketika diuji. Dengan ujian itulah maka akan terzahir satu persatu sifat buruk diri yang harus diperbaiki. 

Bagi orang yang benar-benar mukmin, ujian itu adalah merupakan suatu rahmat dan kebaikan untuk dirinya. Kerana dengan ujian itu dia akan mampu kenal hati budinya sendiri. Apabila kelodak mazmumah terungkai, dia dapat mengesan dan membersihkan kotoran itu dengan sentiasa memperbaiki diri, agar dirinya lebih baik dari tadi. Dengan ujian, dia lantas dan pantas memohon ampun dengan penuh rendah diri kepada Allah Ta'ala. Dengan itu jugalah, dia akan kenal yang dirinya masih penuh dengan dosa yang kadang kala dia tidak sedari kerana dasar kolam jiwa masih belum disentuh. Oleh itu, orang yang mukmin, apabila diuji, akan bertambah dekat dia dengan Allah Ta'ala, akan bertambah meningkat makamnya disisi Allah Ta'ala.

Manusia perlukan ujian. Kerana ujian itu hakikatnya adalah kebaikan. Kenalilah Tuhan. Dia yang menguji kita, ujian itu datang daripadaNya. Dia Maha mengetahui kemampuan hamba-hambaNya, Dia sesekali tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.  Allah Ta'ala yang Maha baik telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

"Allah tiddak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."

Surah al-Baqarah : 286 (2 : 286)

Setiap apa yang telah diperuntukkan oleh Allah Ta'ala untuk manusia, semuanya sesuai dan mengikut kemampuan hamba-hambaNya itu. Dialah Allah Pencipta kita, dia lebih tahu mengenai diri kita berbanding kita sendiri. Kita sebenarnya tidak tahu apa-apa melainkan apa yang diberikan oleh Allah Ta'ala.

Ingatlah, setiap ujian itu walaupun ianya adalah ujian yang paling berat yang pernah kita hadapi dalam hidup ini, semuanya adalah yang termampu oleh kita. Sebenarnya kita mampu untuk menanganinya dengan berbekalkan kekuatan iman dan taqwa. Hanya orang yang nipis akal dan imannya sahaja yang sering menyalahkan perbuatan Allah Ta'ala. Mereka yang kalah dengan ujian adalah mereka yang gagal mendidik hatinya untuk menjadi kuat, agar tidak mudah dikuasai oleh nafsu (emosi).

Bagi mereka yang kenal Allah Ta'ala, mereka sangat meyakini bahawa setiap kesusahan itu pasti diiringi dengan kesenangan, kerana itulah janji Allah Ta'ala kepada hamba-hambaNya. Allah Ta'ala tidak pernah sesekali memungkiri janjiNya. Janji Allah Ta'ala ini telah termaktub dalam al-Quran yang bermaksud:

"Kerana seseudah kesulitan itu, ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..."

Surah Alam Nasyrah : 5-6 (94 : 5-6)

Ujian yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala itu adalah merupakan wadah untuk mendidik hati. Hati manusia kebiasaannya akan dekat dengan Allah Ta'ala sewaktu susah. Kerana di waktu itu, dia tidak lagi merasakan dirinya berkuasa untuk menanganinya, maka dia akan memohon pertolongan dari Tuhan yang Maha kuasa. Dengan ujian itu, hati manusia akan sentiasa dekat dengan Allah Ta'ala, selalu merintih merayu dan selalu bermanja-manja dengan Allah Ta'ala. Maka bertambah cinta Allah padanya. 

Ujian adalah lambang cinta Tuhan kepada hamba-hambaNya. Oleh kerana itulah para sahabat dan orang-orang soleh risau jika tidak diuji oleh Allah Ta'ala, takut jika Allah Ta'ala tidak lagi cakna padanya, dan membiarkan dirinya hanyut dalam kelalaian.

Jika kita perasan, setiap kali kita diuji, dan setiap kali ntu jugalah kita semakin dekat dengan Allah Ta'ala dan setiap kali itu jugalah kita sangat pasrah dan hati kita rasa sangat tenang. Itulah nikmatnya ujian. Sebaliknya ada rahmat dan redhaNya. 


Selasa, 21 Februari 2012

AMALAN KEKAYAAN

Berikut adalah 19 tips amalan sogeh untuk anda (akan dikemaskini kelak, Insya Allah):

  1. Minta restu mak bapak dan minta ampun
  2. Lakukan satu perniagaan dalam satu masa
  3. Catat aktiviti harian
  4. Rajin solat, solat malam dan dhuha
  5. Banyakkan berfikir dan berzikir
  6. Bersedekah dari pelbagai segi
  7. Bantu umat Islam berniaga
  8. Elakkan daripada bergaul dengan penggemar maksiat, pemalas dan peniaga yang tidak suka mengamalkan amalan bisnes murni
  9. Rapatkan diri dengan orang soleh dan rajin
  10. Bayar zakat
  11. Kurangkan tidur, perbanyakkan ibadat
  12. Bersaing dan cabar diri sendiri setiap hari
  13. Berfikiran besar dan sentiasa yakin
  14. Gunakan 'Parkinson Law' setiap hari (letakkan jangka masa untuk menyelesaikan sesuatu tugasan)
  15. Niat dan berterima kasih kepada Allah S.W.T sebelum tidur
  16. Tenang
  17. Nabi Muhammad S.A.W sebagai "Ikon"
  18. Niat "Ya Allah, Ya Muhammad. Engkau permudahkanlah tindakanku ini" setiap kali mahu melakukan sesuatu
  19. Doa sebagai senjata motivasi dan yakin terhadap doa. Minta perkenankan segera kerana kita tidak tahu sama ada kita akan hidup esok hari.


Semoga kita semua dapat menerapkan amalan kesogehan ini setiap hari. Moga ia dapat dimanfaatkan, sekian terima kasih.

SUMBER: http://myadha.blogspot.com/2010/08/19-tips-amalan-sogeh-amalan-kekayaan.html

Sabtu, 11 Februari 2012

BIOGRAFI IMAM ISHAK AL-KHALIDIAH



NAMA LENGKAP

Nama lengkap tuan guru Imam Hj Ishaq ialah Ishaq bin Muhammad Arif bin Sutan Tujuan Saka bin Sutan Limbang Laut bin Merah Mas. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Imam Hj. Ishaq.Tuan Hj. Ishaq dilahirkan pada tahun 1908 di kampung Rawa, Cemur, Perak. Beliau adalah anak bongsu daripada enam orang adik beradik yang terdiri dari tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan.Datuk dan nenek beliau di sebelah ayahanda beliau adalah dari keturunan keluarga Kesultanan Rawa, Sumatera, Indonesia. Datuk lelaki beliau yang bernama Sutan Tujuan Saka bin Sutan Limbang Laut itu telah meninggalkan tanah Rawa, Sumatera, berhijrah ke Malaysia dan terus ke Pahang di sekitar tahun 1830-an iaitu lebih kurang 170 tahun yang lalu. Selain beliau, kedapatan ramai juga dari kalangan adik-beradik dan saudara mara beliau yang lain yang turut sama berhijrah ke Semenanjung Malaysia yang pada masa itu disebut Tanah Melayu. Antara mereka ialah Fakih Khalifah Saka yang bergelar Sutan Segentar Alam iaitu abang kandung beliau, Khatib Abdullah iaitu saudara sepupu beliau dan Dato’ Pertemuan iaitu bapa saudara beliau dari sebelah ibu.

Tidak lama sesudah berada di Pahang, maka datuk beliau itu telah berkahwin dengan seorang perempuan yang bernama Siti Umai, anak perempuan Dato’ Paduka iaitu hasil perkahwinan beliau dengan Halimah. Dato’ Paduka adalah seorang bangsawan yang berasal dari Kampar, Sumatera.Dato’ Paduka inilah yang telah datang ke Pahang dan membuka kampung Temau, Dong, Raub yang mana pada masa dahulu ia dikenali sebagai kampung Lata Limau. Perkahwinan Sutan Tujuan Saka dengan Siti Umai tersebut, telah melahirkan enam orang anak iaitu Soman, Muhammad Arif, Mahida, Muhammad Amin, Ahmad dan Muhammad Diah. Sutan Tujuan dan bapa mertuanya iaitu Dato’ Paduka, telah meninggal dunia di Temau dan jenazah kedua-duanya itu dimakamkan di tanah perkuburan Bukit Kepayang, Temau.

AYAHANDA

Ayahanda Tuan Hj. Ishaq iaitu Muhammad Arif ialah seorang yang lama berkhidmat di bawah pemerintahan kesultanan Pahang iaitu pada zaman pemerintahan al-Marhum Sultan Ahmad. Beliau masih dapat mewarisi sifat-sifat kepahlawanan dotok-nenek beliau. Beliau pernah menjadi salah seorang panglima tentera Pahang dan dikenali di zaman beliau itu sebagai Panglima Perang Muhammad Arif. Beliau bersama-sama dengan beberapa orang rakan seperjuangan beliau seperti Imam Perang Yusuf bin Tan Ibrahim dan Panglima Alam, pernah beberapa kali mengetui tentera Pahang di dalam beberapa peperangan yang berlaku seperti peperangan yang dikenali sebagai Perang Tengku Wan Aman.Muhammad Arif juga telah turut memimpin tentera Pahang di dalam peperangan yang berlaku di negeri Selangor seperti Perang Sayyid al-Masyhur yang dikenali juga oleh orang-orang Pahang sebagai Perang Sayyid Suhur dan peperangan saudara antara Tengku Kudin dengan Raja Mahdi. Dalam peperangan yang berlaku di antara Tengku Kudin dengan Raja Mahadi tersebut, beliau memihak dan membantu Tengku Kudin. Muhammad Arif juga selalu bersama-sama dengan Dato’ Gajah iaitu panglima Pahang dan juga dengan anak beliau iaitu Dato’ Mat Kilau.

Muhammad Arif pada mulanya telah berkahwin dengan seorang perempuan yang bernama Zulihan. Ayahanda Zulihan berasal dari Selangor dan ibunya pula berasal dari kampung Dong, Raub, Pahang. Beliau kemudiannya telah menceraikan Zulihan dan berkahwin pula dengan seorang perempuan yang bernama Shamsiah. Ibu Shamsiah bernama Zuyah iaitu anak kepada Fakih Tan Fakih Ali. Hasil perkahwinan beliau dengan Zuyah tersebut, beliau telah dikurniakan seorang anak bernama Itam. Beliau kemudiannya menceraikan Shamsiah dan terus mengembara ke Perak dan menetap di Gopeng. Di Gopeng, Muhammad Arif mengahwini seorang lagi perempuan yang bernama Qamariah yang berketurunan Rawa. Namun kemudiannya beliau menceraikan Qamariah tersebut dan kembali ke Pahang. Di Pahang, beliau telah mengahwini Hindun atau Nujumah binti Tengku Nahmad iaitu bonda kepada Tuan Hj. Ishaq.

BONDA

Bonda Tuan Hj. Ishaq berasal dari keturunan orang kenamaan di Selangor. Tengku Nahmad yang asalnya berketurunan Siak, Sumatera, telah mengembara dari Sumatera ke Semenanjung Malaysia dan menetap di kampung Kuantan, Klang, Selangor. Di sana beliau lebih dikenali dengan panggilan Dato’ Ubah. Setelah beberapa lama tinggal di kampung Kuantan tersebut, Tengku Nahmad telah mengahwini seorang perempuan yang bernama Maryam yang berasal dari kampung Teluk Pulai, Kelang iaitu anak saudara kepada Dato’ Buang. Hasil perkongsian hidup dengan Maryam tersebut, Tengku Nahmad telah dikurniakan dua orang anak iaitu Maryam dan Hindun. Tengku Nahmad kemudiannya telah meninggal dunia dan jenazahnya dikebumikan di daerah Kajang (Hulu Langat).Apabila berlakunya peperangan di Selangor yang dikenali dengan nama perang Raja Mahdi, maka Maryam telah meninggalkan kampung Teluk Pulai kerana melarikan diri dari huru-hara peperangan tersebut dengan membawa bersama kedua-dua orang anaknya itu. Hindun pada masa itu masih kecil lagi iaitu berumur kurang dari tiga tahun. Selepas itu Maryam terus melarikan diri sehingga sampai ke Bidur, Perak dan di sana anaknya yang bernama Kalthom telah meninggal dunia. Maryam kemudiannya meninggalkan Bidur dan menuju pula ke Pahang iaitu ke kampung Gali, Dong.

Di Dong, Maryam dan anaknya itu tinggal di rumah Hajjah Syarifah, anak kepada Fakih Khalifah Saka (Sutan Segentar Alam) iaitu abang kepada Sutan Tujuan Saka. Hindun telah dijadikan sebagai anak angkat oleh Hajjah Syarifah kerana beliau sendiri secara kebetulannya tidak mempunyai anak. Nama Hindun kemudiannya telah ditukarkan kepada Nujumah. Setelah dewasa, Nujumah dikahwinkan dengan Muhammad Arif, ayahanda Tuan Hj. Ishaq, iaitu saudara sepupu dengan Hajjah Syarifah tersebut. Kemudian, Muhammad Arif telah membawa isteri dan mertuanya itu berpindah ke Perak dan menetap di sebuah perkampungan yang bernama Pelong iaitu satu tempat yang terletak di antara Cemur dan Sungai Siput. Di Pelong itulah bonda Nujumah meninggal dunia dan dimakamkan di perkuburan kampung tersebut.Sewaktu menetap di Pelong, Muhammad Arif pernah berkerja mengambil upah menebang hutan untuk membina jalan keretapi di antara Ipoh dan Kuala Kangsar yang mana pada waktu itu masih belum ada perhubungan jalan keretapi di antara kedua-dua bandar tersebut. Ketika berada di Pelong, beliau telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Abdul Manan, Sa`diah dan kemudian Khadijah. Setelah lama berada di Pelong, beliau telah didatangi oleh seorang yang bernama Qasim iaitu saudara sepupu beliau lalu mengajak beliau berpindah ke Cemur, Perak, kerana di Cemur itu, menurutnya, terdapat ramai kaum kerabat Sutan Tujuan Saka. Memandangkan ramai orang Melayu yang telah berpindah ke tempat lain sehingga yang tinggal di Pelong itu hanya beberapa buah sahaja rumah yang didiami oleh orang-orang Melayu di samping yang ramai tinggal di situ adalah terdiri dari orang-orang Cina yang kebanyakan mereka berkerja sebagai pemotong papan, maka beliau pun akhirnya mengambil keputusan untuk berpindah ke Cemur.

Ketika menetap di Cemur inilah Tuan Hj. Ishaq dilahirkan, begitu juga dengan abang kandung beliau, Ayub. Walau bagaimanapun, di Cemur ini jugalah berlakunya perkara yang sangat mendukacitakan. Bonda Tuan Hj. Ishaq, Nujumah (Hindun), telah meninggal dunia pada tahun 1914 di kampung Rawa, Cemur. Pada masa itu Tuan Hj. Ishaq masih kanak-kanak lagi iaitu berumur lebih kurang enam tahun. Setelah kewafatan bonda Tuan Hj. Ishaq, kaum keluarga beliau di Pahang, khasnya di daerah Raub, meminta serta mendesak supaya ayahanda beliau, Muhammad Arif, berpindah ke Pahang. Pada tahun 1915, keluarga beliau telah berpindah ke Pahang dan terus menetap di Kampung Pasir Bayam, Dong, Raub. Setelah lebih kurang lapan tahun berada di Pahang, maka pada tahun 1923, ayahanda Tuan Hj. Ishaq pula meninggal dunia, ketika berusia 75 tahun. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kuala Gali. Tuan Hj Ishaq pada masa itu masih remaja iaitu berumur lebih kurang 15 tahun.

Kematian ayahanda beliau itu menjadikan beliau yatim piatu. Walau bagaimanapun beliau kemudiannya telah dipelihara pula oleh saudara sepupu beliau yang bernama Muhammad Tahir bin Osman bin Sutan Tujuan yang tinggal di Kampung Pasir Bayam, Dong. Dua tahun setelah kematian ayahanda beliau iaitu dalam tahun 1925, beliau pun mendirikan rumah tangga dengan seorang perempuan yang bernama Rubiah binti Awaludin yang berasal dari kampung Bukit Kemuning, Dong. Usia beliau pada waktu itu agak muda iaitu lebih kurang 17 tahun. Dalam tahun yang sama beliau telah berpindah ke kampung Bukit Kemuning bagi menjalani hidup berkeluarga.

Tuan Hj. Ishaq menyara hidup keluarga beliau dengan berkebun dan bersawah padi. Beliau juga pandai bertukang dan beliau adalah merupakan salah seorang tukang rumah yang agak mahir. Beliau juga ada membuka kelas pengajian al-Qur’an, fardu ain dan qasidah di rumah beliau di kampung Bukit Kemuning dengan dibantu oleh isteri beliau, Rubiah. Tidak hairanlah kalau rumah beliau itu sentiasa saja dipenuhi dengan murid-murid beliau yang datang untuk belajar ilmu-ilmu agama.

Tuan Hj. Ishaq adalah merupakan seorang imam dan amil masjid yang bertauliah yang agak lama berkhidmat memegang jawatan beliau itu, iaitu semenjak awal tahun 1930-an sehinggalah pertengahan tahun 1960-an. Beliau dengan sebulat suara telah dilantik sebagai imam serta amil masjid di kampung Lecar, mukim Dong pada tahun 1931. Ketika itu beliau telah berusia 23 tahun. Pada mulanya beliau ditauliahkan sebagai imam masjid tersebut oleh Hj. Zayadi iaitu qadi yang ketiga di daerah Raub yang juga merupakan seorang khalifah Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah yang memimpin suluk serta murid Tuan Guru Shaikh Hj. Umar bin Muhammad al-Khalidi. Pada tahun 1951, beliau ditauliahkan pula oleh al-Marhum Sultan Abu Bakar ibni al-Marhum Sultan Abdullah, Pekan, Pahang. Jawatan imam dan amil masjid kampung Lecar ini disandang oleh Tuan Hj. Ishaq hingga tahun 1965 iaitu selama lebih kurang 34 tahun. Di samping itu beliau juga merupakan seorang guru agama sukarela yang telah diberikan kebenaran mengajar agama di Masjid Bukit Pampong, Dong, Raub bermula tahun 1977/1978.

Tahun 1976 adalah merupakan tahun kesedihan bagi Tuan Hj. Ishaq. Ini kerana isteri beliau yang bernama Rubiah binti Awwaluddin meninggal dunia pada tahun tersebut dan jenazahnya dimakamkan di tanah perkuburan kampung Bukit Kemuning. Sepanjang tempoh perkongsian hidup Tuan Hj. Ishaq dengan Rubiah selama lebih kurang 51 tahun, beliau tidak dikurniakan sebarang cahaya-mata. Tidak lama setelah kematian isteri beliau itu, Tuan Hj. Ishaq berkahwin pula dengan seorang perempuan yang bernama Hajjah Fatimah binti Mat Yasin yang berasal dari kampung Ulu Gali, Raub. Perkahwinan beliau yang kedua itu terjadi pada tahun 1977. Perkahwinan tersebut juga tidak melahirkan sebarang zuriat.

Pada tahun 1982, Tuan Hj. Ishaq telah pergi ke Mekah bagi tujuan menunaikan fardu haji bersama-sama dengan isteri beliau, Hajjah Fatimah, dengan diikuti oleh beberapa orang murid beliau. Sepanjang hidup beliau itu, hanya sekali sahaja beliau pergi menunaikan fardu haji ke Mekah. Tuan Hj. Ishaq telah meninggal dunia pada 21 hb. Febuari, tahun 1992 di kampung Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang, kerana sakit tua. Usia beliau ketika itu adalah lebih kurang 84 tahun. Jenazah beliau kemudiannya telah dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Dari segi latar-belakang pendidikan khususnya pendidikan keagamaan, Tuan Hj. Ishaq tidak seperti tokoh-tokoh lain yang mendapat pendidikan keagamaan secara formal di pusat-pusat pengajian sama ada di dalam atau di luar negeri. Ini mungkin kerana kehidupan beliau yang agak susah lantaran kematian bonda dan ayahanda beliau itu. Sekalipun begitu, namun beliau tetap berusaha secara sendirian bagi mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu keislaman menerusi pengajian tidak rasmi iaitu pengajian yang dilakukan di masjid-masjid dan juga surau-surau.

Walau bagaimanapun Tuan Hj. Ishaq juga pernah mengecapi alam persekolahan ala moden iaitu sewaktu beliau masih kanak-kanak. Beliau mula mengenali alam persekolahan tersebut ketika keluarga beliau mula menetap di kampung Pasir Bayam, Dong, Raub, setelah dua tahun berpindah dari Cemur, Perak iaitu setelah kematian bonda beliau, Nujumah (Hindun). Beliau mula bersekolah dalam tahun 1917 di Sekolah Melayu Dong ketika berusia sembilan tahun. Guru besar sekolah tersebut pada waktu itu bernama Muhammad Jabar bin Hj. Abdul Qadir dan penolong beliau ialah anak beliau sendiri iaitu Abdul Majid bin Muhammad Jabar.

Muhammad Jabar bukanlah orang lain, beliau adalah merupakan saudara dua pupu dengan Tuan Hj. Ishaq. Ini kerana ayahanda Muhammad Jabar, Hj. Abdul Qadir adalah merupakan anak kepada Raja Parmainan yang bergelar Dato’ Raja Ninda. Raja Parmainan itu pula adalah merupakan anak kepada Sutan Limbang Laut Selingkar Alam. Dengan itu Raja Parmainan adalah saudara kandung kepada Sutan Tujuan Saka iaitu datuk kepada Tuan Hj. Ishaq. Muhammad Jabar ini merupakan orang yang pertama dari kalangan orang-orang Melayu yang menjadi guru besar Sekolah Melayu di kampung Dong, Raub. Sekolah tersebut kemudiannya dinamakan Sekolah Menengah Muhammad Jabar, sempena nama guru besar pertamanya.

Tuan Hj. Ishaq berjaya menamatkan persekolahan di Sekolah Melayu Dong. Pada tahun 1922 beliau telah berhenti dari sekolah tersebut kerana telah tamat darjah lima yang merupakan darjah tertinggi di sekolah tersebut pada waktu itu. Beliau termasuk salah seorang pelajar yang agak pintar dan berjaya di sekolah itu. Kerana itu beliau bersama dengan seorang pelajar lain yang bernama Dakhili telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim, Perak yang merupakan tempat mendidik para pelajar untuk menjadi guru. Tawaran tersebut dibuat oleh nazir sekolah yang pada waktu itu disandang oleh Muhammad Idrus, pada tahun 1922, iaitu setelah Tuan Hj. Ishaq tamat pengajian di sekolah itu.

Rakan beliau, Dakhili menerima tawaran tersebut dan terus menyambung pelajarannya di sana sehingga beliau berjaya menjadi seorang pendidik. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi guru besar dan terus berkhidmat sehinggalah beliau bersara. Tuan Hj. Ishaq pula menolak tawaran tersebut kerana beliau melihat ayahanda beliau sudah terlalu tua dan uzur sehingga beliau tidak sanggup untuk meninggalkannya. Tuan Hj. Ishaq adalah seorang yang berminat dan mempunyai kemahuan yang agak tinggi untuk menuntut ilmu khususnya ilmu agama. Ini dapat dilihat pada usaha dan kesungguhan beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dan bahasa Arab dari guru-guru tempatan setelah beliau menamatkan persekolahan beliau.

Setelah tamat pengajian di Sekolah Melayu Dong, Tuan Hj. Ishaq mula giat belajar ilmu-ilmu agama dengan guru-guru tempatan. Umur beliau pada masa itu adalah lebih kurang 15 tahun. Pada peringkat permulaannya beliau belajar membaca al-Qur’an sehingga khatam dengan guru beliau, Tuan Guru Hj. Abdullah bin Hj. Muhammad Saman. Beliau berjaya menamatkan pengajian al-Qur’an tersebut setelah hampir setahun belajar dengan guru beliau itu. Di samping itu beliau juga mempelajari ilmu-ilmu lain seperti ilmu usuluddin dan fiqh dan seterusnya beliau belajar pula ilmu tajwid, qasidah dan lagu-lagu dengan seorang guru beliau yang lain yang bernama Tuan Guru Lebai Muhammad Din bin Imam Sani yang berasal dari Kg. Semantan Hilir, Temerloh, Pahang.

Dalam tahun 1927 iaitu ketika Tuan Hj. Ishaq berumur lebih kurang 19 tahun, beliau pergi belajar pula, bagi tujuan mendalami lagi ilmu fiqh dan tasawuf, dengan guru beliau yang bernama Tuan Guru Hj. Muhammad Khatib bin Sutan Kaya yang sebelum itu merupakan seorang guru agama di Tanjung Malim, Perak. Ketika belajar dengan Tuan Guru Hj. Muhammad Khatib inilah beliau mula diperkenalkan dengan Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah yang kemudiannya beliau menyambung pengajian tarekat tersebut dengan Shaikh Hj. Umar bin Muhammad yang juga merupakan guru kepada Hj. Muhammad Khatib.

Tuan Hj. Ishaq juga ada mempelajari bahasa Arab dari beberapa orang guru. Antara guru beliau yang mengajarkan beliau ilmu bahasa Arab itu ialah Tuan Guru Hj. Abdul Razak iaitu kadi yang keenam di daerah Raub, Pahang. Bagi tujuan mendalami lagi pengetahuan tentang bahasa Arab tersebut, Tuan Hj. Ishaq belajar pula dengan Tuan Guru Hj. Kashf al-Anwar bin Hanafiah iaitu seorang khalifah Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah dan juga menantu kepada Tuan Guru Shaikh Hj. Umar bin Muhammad al-Khalidi. Tuan Guru Hj. Kashf al-Anwar ini berasal dari Banjar Masin, Kalimantan Barat, Indonesia.

Ilmu-ilmu yang dipelajari oleh Tuan Hj. Ishaq sejak dari zaman remaja beliau itu telah dikembangkan sedikit demi sedikit menerusi pengkajian dan pembacaan kitab-kitab yang ditulis dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Arab. Antara kitab-kitab yang menjadi rujukan utama Tuan Hj. Ishaq ialah Kitab Bahr al-Madhi, Furu` al-Masail, Tanwir al-Qulub, Qut al-Qulub, Hidayah al-Salikin, Siyar al-Salikin, Kashf al-Mahjub, Tafsir al-Baidawi, Tafsir Ibn `Abbas, Tafsir al-Jalalain dan Sahih al-Bukhari.

Sekalipun Tuan Hj. Ishaq mempunyai latar belakang pendidikan keagamaan yang agak sederhana, tidak seperti tokoh-tokoh agama lain, namun beliau didapati agak aktif menulis dan menghasilkan buku-buku agama terutamanya tentang ajaran tasawuf dan tarekat dan juga sejarah perkembangannya di Raub, Pahang. Antara karya-karya beliau yang telah dihasilkan ialah Majmu` al-Masa’il, Tanbih al-Muridin, Majmu` al-Mau`izah, Cara-Cara Menjalani Amalan Dalam Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah Untuk Mencapai Kepada Tasawuf, Asal-Usul Perkembangan Tarekat Naqshabandiyyah di Daerah Raub, Pahang, dan Sejarah Perkembangan Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah di Kampung Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub, Pahang Dar al-Ma`mur, di samping tulisan-tulisan dan risalah-risalah lain yang tidak dibukukan.

PENGLIBATAN DALAM KEGIATAN TAREKAT NAQSHABANDIYYAH KHALIDIYYAH

Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah sudah lama bertapak dan berkembang di daerah Raub, Pahang. Sejarah awal kemasukan dan perkembangan tarekat ini di Raub adalah dipelopori oleh golongan pentadbir agama dan penguasa tempatan. Kadi-kadi dan beberapa orang penghulu terawal di beberapa mukim di Raub didapati terlibat dengan pengamalan dan penyebaran Tarekat Naqshabandiyyah ini. Tuan Hj. Salim bin Hj. Abdul Manan yang menetap di kampung Kuala Gali, Raub, adalah kadi pertama di daerah Raub sebelum zaman penjajahan Inggeris. Hj. Salim adalah orang pertama yang mengamalkan Tarekat Naqshabandiyyah di daerah tersebut. Beliau telah belajar dan menerima asuhan dan didikan Tarekat Naqshabandiyyah tersebut dari seorang yang berasal dari Sumatera yang bernama Shaikh Muhammad Salih.Kadi yang kedua di Raub ialah Tuan Hj. Muhammad Arif. Beliau berasal dari Minangkabau, Sumatera dan kemudian telah berpindah ke Raub dan menetap di Sana. Beliau adalah menantu kepada kadi pertama, Tuan Hj. Salim. Di samping sebagai seorang kadi, beliau juga pengamal dan pengembang Tarekat Naqshabandiyyah. Beliau telah menerima tarekat itu dari seorang shaikh di Jabal Hindi, Mekah. Manakala kadi yang ketiga di daerah Raub pula ialah Tuan Hj. Ziyadi iaitu anak kepada kadi pertama, Tuan Hj. Salim. Beliau juga seorang pengamal dan juga pemimpin Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah di Raub. Shaikh Hj. Umar bin Muhammad al-Khalidi adalah guru yang telah mengijazahkan kepada beliau tarekat tersebut.

Di kalangan penguasa tempatan pula, didapati penghulu-penghulu terawal di mukim Gali, Raub terlibat dengan kegiatan Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah. Lima orang penghulu pertama di situ adalah pengamal tarekat ini. Mereka ialah Tengku Abdul Samad bin Tengku Muda, Tengku Kudin bin Tengku Abdul Samad, Tengku Abdul Majid bin Tengku Kudin, Tengku Abdul Hamid bin Tengku Kudin dan Dato’ Setia Lela Tengku Hj. Muhammad bin Tengku Abdul Majid. Penghulu pertama di mukim Gali iaitu Tengku Abdul Samad, menerima dan mempelajari Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah dari Tuan Hj. Muhammad Arif, kadi kedua di Raub, pada tahun 1914 di kampung Durian Sebatang, mukim Gali, Raub, Pahang. Begitu juga dengan penghulu yang kedua iaitu Tengku Kudin bin Tengku Abdul Samad, di mana beliau juga mengambil tarekat tersebut dari Tuan Hj. Muhammad Arif pada tahun yang sama.

Manakala penghulu ketiga iaitu Tengku Abdul Majid bin Tengku Kudin, telah mengambil Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah dari Shaikh Hj. Umar bin Muhammad. Penghulu keempat pula iaitu Tengku Abdul Hamid bin Tengku Kudin, telah menerima tarekat tersebut dari Tuan Hj. Abdul Wahab bin Hj. Muhammad Sidiq bin Hj. Salim, iaitu salah seorang murid dan khalifah Shaikh Hj. Umar. Penghulu kelima iaitu Dato’ Setia Lela Tengku Hj. Muhammad menerima tarekat tersebut dari Tuan Hj. Ziyadi bin Hj. Salim, juga merupakan salah seorang murid dan khalifah kepada Shaikh Hj. Umar.

Tuan Hj. Ishaq mula mengenali Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah ketika beliau belajar ilmu tasawuf dengan Tuan Guru Hj. Muhammad Khatib bin Sutan Kaya yang mana pada ketika itu beliau berumur 19 tahun. Beliau telah mengambil talqin zikir dan bai`ah Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah dari guru beliau, Tuan Guru Hj. Muhammad Khatib, pada tahun 1927.Tuan Guru Hj. Muhammad Khatib berasal dari kampung Rokan Kanan, Langkat, Sumatera, iaitu sekampung dengan Tuan Guru Shaikh Abdul Wahab Rokan al-Khalidi al-Naqshabandi yang telah membuka pusat Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah di kampung Babussalam, Langkat, Sumatera.

Tuan Guru Hj. Muhammad Khatib adalah antara anak murid Shaikh Hj. Umar bin Muhammad al-Khalidi dan khalifah beliau yang paling tua. Sebelum beliau berpindah ke Raub, Pahang, beliau adalah merupakan seorang guru agama serta pemimpim suluk di kampung Bertam, Tanjung Malim, Perak dan mempunyai ramai murid di sana. Setelah Tuan Hj. Ishaq menerima bai`ah tarekat dari guru beliau itu, maka pada penghujung tahun 1927 iaitu pada tahun yang sama, beliau mula menjalani suluk di bawah pimpinan Tuan Guru Shaikh Hj. Umar ibn Muhammad di Surau Suluk Kubu di kampung Durian Sebatang, Raub, Pahang.

Shaikh Hj. Umar adalah salah seorang di antara khalifah tertua kepada Tuan Guru Shaikh Abdul Wahab Babussalam. Shaikh Hj. Umar berasal dari Parit Ju atau Parit Abdul Rahman, Mukim Empat, Batu Pahat, Johor. Sekalipun beliau berasal dari Batu Pahat, Johor, namun datuk nenek beliau adalah berasal dari Pekan,Pahang. Shaikh Hj. Umar telah menerima pelajaran, asuhan dan didikan Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah dari Shaikh Abdul Wahab sewaktu shaikh tersebut datang ke Batu Pahat, Johor, pada tahun 1888.

Shaikh Hj. Umar mula mengajarkan Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah dan memimpin suluk tarekat tersebut pada tahun 1910 di kampung Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub, Pahang. Tindakan Shaikh Umar tersebut telah mendapat persetujuan, galakan dan sokongan daripada penghulu mukim Gali yang pada masa itu disandang oleh Tengku Kudin bin Tengku Abdul Samad. Shaikh Hj. Umar mempunyai ramai murid termasuklah dari kalangan pegawai agama dan juga orang kenamaan. Murid-murid beliau yang dilantik menjadi khalifah melebihi seratus orang.

Setelah hampir tujuh tahun mempelajari serta mengamalkan tarekat dan beberapa kali menjalani suluk di bawah bimbingan dan asuhan guru beliau, Shaikh Hj. Umar bin Muhammad, maka Tuan Hj. Ishaq telah diangkat sebagai khalifah serta diizinkan pula mengajar Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah oleh guru beliau itu pada 22 Zulhijjah, tahun 1353 hijrah (1934) di Surau Suluk Kubu, Durian Sebatang, Raub, Pahang. Pada waktu itu umur beliau adalah lebih kurang 25 tahun. Walau bagaimanapun Shaikh Hj. Umar telah meninggal dunia dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1936 (1355 H.) dan jenazah beliau dimakamkan di perkuburan khas Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub, Pahang.

Tempat Shaikh Hj. Umar sebagai pemimpin Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah telah digantikan oleh anaknya iaitu Imam Luqman bin Hj. Umar. Sehubungan dengan itu sebuah surau suluk telah didirikan di kampung Lepar, mukim Gali, Raub, dengan persetujuan Tengku Abdul Hamid bin Tengku Kudin. Tengku Abdul Hamid adalah merupakan penghulu yang ke empat bagi mukim Gali dan juga ketua kampung Durian Sebatang. Imam Luqman telah memimpin perjalanan Tarekat Naqshabandiyyah di Raub lebih kurang 44 tahun. Imam Luqman kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1980 dan tempatnya sebagai pemimpin tarekat dan suluk digantikan oleh anaknya iaitu Tuan Hj. Abdullah bin Luqman dengan dipimpin bersama oleh Tuan Hj. Abdullah Sani bin Abu Uthman iaitu menantu kepada Shaikh Hj. Umar.

Selain dari Imam Luqman, terdapat seorang lagi murid serta khalifah kepada Shaikh Hj. Umar yang menggantikan beliau sebagai pemimpin Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah selepas kewafatan beliau itu, iaitu Tuan Hj. Ziyadi bin Hj. Salim. Beliau adalah merupakan kadi daerah Raub yang ke tiga, menggantikan Tuan Hj. Muhammad Arif. Sebelum itu, ayahanda beliau, Tuan Hj. Salim bin Hj. Abdul Manan, juga merupakan seorang kadi di Raub, malah merupakan kadi yang pertama di daerah tersebut. Tuan Hj. Ziyadi ini memimpin suluk di kampung Pintu Padang dan juga kampung Gali Tengah, mukim Gali, Raub. Selepas beliau meninggal dunia, tempat beliau sebagai pemimpin suluk Tarekat Naqshabandiyyah telah diambil alih oleh salah seorang murid beliau iaitu Imam Hj. Tambi.

Manakala Tuan Hj. Ishaq pula, setelah hampir 30 tahun selepas beliau diizinkan mengajar Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah oleh guru beliau itu, barulah beliau mula memimpin suluk. Suluk pertama yang dipimpin oleh beliau itu berlaku pada tahun 1964 di surau kampung Ajai, Raub, Pahang. Walau bagaimanapun, selepas kewafatan guru beliau, Shaikh Hj. Umar, beliau telah dibimbing dan diberi tunjuk ajar pula oleh dua orang khalifah Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah yang lain yang juga merupakan murid kepada Shaikh Hj. Umar iaitu Tuan Hj. Muhammad Salih bin Hj. Umar dan Tuan Hj. Abdul Wahab bin Hj. Muhammad Siddiq bin Hj. Salim.

Tuan Hj. Ishaq kemudiannya telah memimpin suluk di surau suluk kampung Jeram Bangkin, Dong, mukim Gali, Raub, Pahang. Suluk pertama kali di surau tersebut berlaku pada bulan oktober tahun 1965. Pada ketika itu beliau telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai imam dan amil masjid kampung Lecar yang disandang oleh beliau selama lebih kurang 34 tahun. Dengan terbinanya surau tersebut, ramailah orang yang datang untuk belajar, menerima dan seterusnya mengamalkan Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah di bawah pimpinan beliau itu. Mereka datang dari seluruh pelusuk tanah air dan juga dari Singapura, Thailand dan Sumatera. Murid-murid Tuan Hj. Ishaq dianggarkan melebihi 5000 orang yang terdiri dari laki-laki dan juga perempuan. Murid-murid yang diangkat menjadi khalifah beliau sahaja melebihi dua ratus lima puluh orang.

Murid-murid Tuan Hj. Ishaq itu adalah dari latar belakang pendidikan dan pekerjaan yang berbeza. Di samping orang-orang kampung yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak rendah, ada di antara murid-murid Tuan Hj. Ishaq yang terdiri dari ahli akademik bidang keagamaan yang sebahagiannya merupakan lulusan universiti di timur tengah dan juga universiti tempatan. Antara mereka ialah seperti Ustaz Mukhtar bin Yaqub yang merupakan seorang graduan Universiti al-Azhar yang memiliki ijazah sarjana dan juga bekas timbalan Shaikh al-Arqam, Prof. Madya Ustaz Hj. Jahid bin Sidek iaitu pensyarah di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera, Universiti Malaya, Ustaz Muhammad bin Long iaitu guru agama Sekolah Kebangsaan Durian Tawar, Temerloh, Ustaz Hj. Husain bin Abdul Latif iaitu guru agama Balai Muzakarah, Pauh Sembilan, Bacok, Kelantan dan Ustaz Ramli bin Hj. Muhammad guru agama di Sekolah Menengah Agama Dong, Raub.

Di kalangan murid-murid Tuan Hj. Ishaq ada juga yang menjadi wakil rakyat iaitu Yang Berhormat Tengku Mustafa bin Tengku Hj. Seti yang kemudiannya menjadi salah seorang kahlifah yang menggantikan beliau. Ramai juga di kalangan murid-murid beliau itu yang terdiri dari golongan profesional seperti Hj. Hafas bin Idin iaitu seorang peguam di Kuantan, Pahang, Abdul Rahim bin Muhammad iaitu seorang pegawai Bank Nasional di Kuala Lumpur, Wan Abdul Rasyid bin Wan Abu Bakar iaitu seorang hakim di Mahkamah Tengah, Kuantan dan Hj. Aman Syah iaitu penyelia sekolah-sekolah di Raub, Pahang.

Sepanjang 18 tahun menjadi khadam Tareqat Naqsyabandiah Khalidiah; beliau telah menganjurkan 120 amalan bersuluk di Surau Ehyaul Qulub, Kg Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang; di samping menghasilkan banyak tulisan yang berkaitan dengan amalan tareqat. Khalifah yang diangkat di zaman hayatnya ialah seramai 350 orang.

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada malam Sabtu, 21 Februari 1992 bersamaan 18 Sya’ban 1412 Hijrah. Beliau telah dimakamkan di Kg Bukit Kemuning, Dong, Raub, Pahang.

PENGGANTI PEMIMPIN TARIQAH DAN SULUK 

Al-marhum Tuan Guru Imam Hj. Ishaq bin Muhammad ‘Arif al-Jawi telah meninggalkan beberapa orang pengganti yang dibenarkan memimpin Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah. Antara mereka ialah al-Marhum Tuan Guru Hj. Wan Hasan bin Wan Abdullah yang memimpin tarekat tersebut di surau suluk kampung Pulau Rumput, Pekan, Pahang. Al-Marhum Ustaz Mukhtar bin Yaqub, Pekan, Pahang, juga adalah antara khalifah beliau yang dibenarkan memimpin tarekat ini, namun beliau terlebih dahulu meninggal dunia sebelum guru beliau. Al-Marhum Imam Haji Sani, Raub Pahang juga dizinkan untuk memimpin suluk dan tarekat. 
 
Salah seorang khalifah dan pengganti beliau yang sangat giat menyebarkan ajaran tarekat guru beliau ialah TUAN GURU DR HAJI JAHID BIN SIDEK AL-KHALIDI yang sehingga sekarang masih memimpin suluk dan pengamalan tarekat ini melalui 2 surau suluknya di SURAU SULUK BABUL KHAYRAT, KAMPUNG MELAYU MAJDI, JOHOR BHARU, JOHOR dan MADRASAH MANARATIL ‘ILMI, PEKAN PAHANG. Manakala al-Marhum Tengku Mustafa bin Tengku Seti pula adalah merupakan khalifah beliau yang menggantikan tempat beliau sebagai pemimpin tarekat di surau suluk kampung Jeram Bangkin, Dong, Raub sehingga sekarang. Ustaz Ramli bin Hj. Muhammad juga merupakan salah seorang kahlifah Tuan Hj. Ishaq yang dibenarkan memimpin tarekat namun beliau diberitakan tidak begitu aktif mengembangkan tarekat tersebut